Pengenalan Produk

Perfect Mineral AI (Cecair)

Mineral Asid Fulvik Organik Yang Kaya
Dengan Campuran Mineral Dan Asid Fulvik Dari Lapisan Sedimen Tumbuhan Purba

Produk yang mewakili raja segala mineral tumbuhan 'mineral dari lapisan sedimen tumbuhan purba' dengan penambahan 'asid fulvik dari lapisan sedimen tumbuhan purba' yang jarang ditemui.

 

Nama Perfect Mineral AI (Cecair)
Bahan-Bahan Air, Ekstrak Mineral Organik, Ekstrak Asid Fulvik Organik
Kandungan 100ml x 4 botol

 

【Langkah berjaga-jaga】

  • Selepas dibuka, sila simpan dalam peti sejuk dan gunakan secepat mungkin untuk mengelakkan penurunan kualiti produk.
  • Sila pastikan untuk menutup dengan rapat dan hindari menyimpan produk ini di tempat yang terkena sinar matahari terus-menerus serta suhu tinggi dan lembap.
  • Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan atau dalam proses rawatan, hamil, atau menyusukan bayi, sila rujuk kepada doktor sebelum menggunakan
  • Sila simpan dengan baik di tempat yang tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.
  • Jika anda mengalami ketidakselesaan atau reaksi alahan, sila hentikan penggunaan terlebih dahulu.
  • Kerana bahan mentah semulajadi digunakan, warna dan rasa mungkin berbeza sedikit, tetapi bahan dan keselamatan adalah terjamin. Sila gunakan dengan keyakinan.

 

Asid Fulvik Dari Sedimen Tumbuhan Purba

Berasal dari Utah, Amerika Syarikat, terbentuk daripada pemendapan tumbuhan purba yang dikebumikan di bawah tanah kira-kira 100 juta tahun yang lalu. Tumbuhan ini menyerap mineral-mineral dan termendap di bawah sedimen tanah. Setelah jangka masa yang lama, mampatan bumi dan penguraian mikroorganisma di dalam tanah menghasilkan saiz molekul air yang sangat kecil dan mengandungi mikromineral yang lebih mudah diserap oleh tubuh manusia. Tidak seperti garam mineral yang biasa diambil, kami rujuk sebagai "mineral tumbuhan."

Keistimewaan
Berasal dari Utah, Amerika Syarikat, diekstrak daripada pemendapan tumbuhan, keselamatan yang lebih terjamin.
Mengandungi pelbagai jenis mikromineral, saiz molekul kecil dan kadar penyerapan yang lebih tinggi.

 

PERFECT MINERAL AI Diiktiraf oleh Ahli-Ahli Perubatan

Japanese Association of Preventative Medicine for Adult Diseases (JAPA) hanya akan mencadangkan produk yang "Berkualiti dan Selamat" sahaja.
Pemeriksaan yang disyorkan termasuk spesifikasi produk, kualiti bahan asas (sama ada bahan semulajadi atau tidak), ketepatan penerangan produk, keselamatan kepada tubuh manusia, bentuk penjualan produk dan juga iklan korporat (sama ada mengutamakan keselamatan pengguna atau tidak) selain ciri-ciri produk tersebut. Dari permulaan sehingga mesyuarat perbincangan dengan pengusaha, sejumlah 8 proses dan 20 kriteria perlu dinilai. Peringkat terakhir perlu mendapat kelulusan daripada ahli-ahli lembaga setelah pemeriksaan komprehensif dibuat, sebelum produk itu dapat disyorkan. Malahan bagi semua jenis produk dalam sesuatu bidang, hanya satu produk atau sebuah syarikat sahaja yang akan dipilih sebagai wakil.

 

Surat Cadangan Dari JAPA

Japanese Association of Preventative Medicine for Adult Diseases

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Tokyo Metropolitan Health and Medical Information Center dan pengarah Physician Cooperative dari Tokyo. Kumpulan perubatan ini berteraskan kepakaran doktor dalam setiap bidang, dengan bantuan para penyelidik dan syarikat-syarikat swasta yang berkaitan, bertujuan untuk mencegah penyakit dewasa (penyakit kronik) dan mewujudkan masyarakat yang sihat melalui konsultasi kesihatan percuma, membantu dalam mendapatkan kelayakan pengamal kesihatan, aktiviti seminar dan sebagainya serta giat mempromosikan "perubatan secara pencegahan."