Pengenalan Produk

Perfect Mineral AI (Serbuk)

Mineral Dari Lapisan Sedimen Tumbuhan Purba
Dipertambah Dengan Keunikan Acelora

‘Serbuk Perfect Mineral AI’ adalah sejenis serbuk mineral baharu yang dihasilkan dengan campuran acerola, asid sitrik dan vitamin. Disarankan dan diperakui oleh Japanese Association of Preventive Medicine for Adult Diseases (JAPA).

Nama Perfect Mineral AI (Serbuk)
Bahan-Bahan Asid Sitrik, Serbuk Asid Fulvik Organik, Laktosa, Serbuk Acelora, Ekstrak Asid Fulvik Organik, Butiran Silikan Dioksida, Vitamin B2
Kandungan 2g x 15 sachet (30g) /pek

【Langkah berjaga-jaga】

  • Sila pastikan untuk menutup dengan rapat dan hindari menyimpan produk ini di tempat yang terkena sinar matahari terus-menerus serta suhu tinggi dan lembap.
  • Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan atau dalam proses rawatan, hamil, atau menyusukan bayi, sila rujuk kepada doktor sebelum menggunakan
  • Sila simpan dengan baik di tempat yang tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.
  • Jika anda mengalami ketidakselesaan atau reaksi alahan, sila hentikan penggunaan terlebih dahulu.
  • Kerana bahan mentah semulajadi digunakan, warna dan rasa mungkin berbeza sedikit, tetapi bahan dan keselamatan adalah terjamin. Sila gunakan dengan keyakinan.

 

Perfect Mineral AI (Serbuk) adalah sejenis mineral baru yang digabungkan bersama Acelora, Asid Sitrik dan Vitamin

Kira-kira 100 juta tahun yang lalu, tumbuhan purba menyerap mineral dari bumi. Mereka wujud dalam lapisan sedimen, yang mengandungi jumlah kecil mineral bumi. Ini berbeza dengan mineral yang biasanya diambil, kami juga menyebutnya 'mineral tumbuhan'. Apabila digabungkan dengan ceri Barbados yang kaya dengan vitamin C, ia boleh memberikan kesan antioksidan, melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, dan membantu sintesis kolagen. Serbuk mineral tumbuhan komposit membawa keluar kecantikan dan kesihatan anda.

Keistimewaan

  • Mineral tumbuhan diperolehi dari Utah, Amerika Syarikat, diekstrak daripada lapisan penimbunan tumbuhan, dengan keselamatan yang cemerlang.
  • Molekul kecil, kadar penyerapan yang tinggi.
  • Buah acelora dan vitamin penuh dengan kebaikan anti-oksida.

 

PERFECT MINERAL AI Diiktiraf oleh Ahli-Ahli Perubatan

Japanese Association of Preventative Medicine for Adult Diseases (JAPA) hanya akan mencadangkan produk yang "Berkualiti dan Selamat" sahaja.

Pemeriksaan yang disyorkan termasuk spesifikasi produk, kualiti bahan asas (sama ada bahan semulajadi atau tidak), ketepatan penerangan produk, keselamatan kepada tubuh manusia, bentuk penjualan produk dan juga iklan korporat (sama ada mengutamakan keselamatan pengguna atau tidak) selain ciri-ciri produk tersebut. Dari permulaan sehingga mesyuarat perbincangan dengan pengusaha, sejumlah 8 proses dan 20 kriteria perlu dinilai. Peringkat terakhir perlu mendapat kelulusan daripada ahli-ahli lembaga setelah pemeriksaan komprehensif dibuat, sebelum produk itu dapat disyorkan. Malahan bagi semua jenis produk dalam sesuatu bidang, hanya satu produk atau sebuah syarikat sahaja yang akan dipilih sebagai wakil.

 

Surat Cadangan Dari JAPA

Japanese Association of Preventative Medicine for Adult Diseases

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Tokyo Metropolitan Health and Medical Information Center dan pengarah Physician Cooperative dari Tokyo. Kumpulan perubatan ini berteraskan kepakaran doktor dalam setiap bidang, dengan bantuan para penyelidik dan syarikat-syarikat swasta yang berkaitan, bertujuan untuk mencegah penyakit dewasa (penyakit kronik) dan mewujudkan masyarakat yang sihat melalui konsultasi kesihatan percuma, membantu dalam mendapatkan kelayakan pengamal kesihatan, aktiviti seminar dan sebagainya serta giat mempromosikan "perubatan secara pencegahan."