AKTIVITI THANKS AI

AKTIVITI THANKS AI

Mengubah Pertanian Moden Kini dan
Memperbetulkan Diet Di Seluruh Dunia

Bolehkah kita meneruskan hidup seperti ini? Adakah kita yakin dengan diet harian masa kini?
Jika kita teruskan cara hidup seperti ini, bolehkah persekitaran yang bahagia diwariskan kepada generasi akan datang?
Thanks Ai Co. Ltd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan demi mewujudkan masa depan yang
lebih baik berdasarkan konsep "Makan Secara Sihat, Hidup Dengan Penuh Kegembiraan".

Adakah sebab terlalu sibuk mengejar kesenangan lalu menjadikan keadaan persekitaran seperti sekarang?

Rawatan perubatan semakin maju bagi mencegah pelbagai penyakit menyebabkan negara terjebak dalam krisis perbelanjaan perubatan.
Tambahan mereka yang sedang mencari kerja sangat memilih gaji dan keselesaan berkerja menyebabkan ramai pekerja asing telah dibawa masuk dengan kadar gaji yang rendah dan jumlah mereka melebihi 1 juta orang, melengkapi kekosongan kerja yang sedia ada.

Dengan adanya persepsi pengguna yang mementingkan kecantikan luaran produk dan harga murah menyebabkan banyak makanan yang tidak
beretika dan tidak selamat dihasilkan.Demi masa depan anda sendiri dan anak-anak yang tidak ternilai, tiada ganti,
sila sertai kami. Untuk mengubah masa depan kita.

Empat Cara Program Perniagaan Thanks Ai
Memperbanyakkan Keberolehan Fizikal Dan Rohani

LATIHAN DIET

Mengurangkan Perbelanjaan Perubatan
Negara Dengan Memperbaiki Diet

Melalui pelaksanaan konsep asas "Kongsikan Kebaikan Kesihatan Kepada Semua Yang Tersayang", kami berhasrat untuk mencapai matlamat dengan memperbaiki diet dan mengurangkan perbelanjaan perubatan negara.

LATIHAN KERJAYA

Memanfaatkan Kuasa Dari Mulut Ke Mulut Untuk Menjalankan Aktiviti-Aktiviti Promosi Merekrut Pelanggan Baru

Latihan akan disediakan untuk melengkapkan anda dengan kemahiran yang tepat tanpa mengira jantina, umur, pengalaman dan sebagainya. Amalan promosi dari mulut ke mulut kami ini berpegang pada budaya tradisional Jepun, justeru menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

LATIHAN PERNIAGAAN

Skim Perkongsian Keuntungan Untuk Ahli, Memberi Rangsangan Tambahan Kepada Model Perniagaan Semasa

Ahli-ahli akan ditawarkan keahlian khas yang terhad untuk membantu mengembangkan perniagaan dan bersama melakar kejayaan, berusaha ke arah pencapaian visi kami iaitu berkembang menjadi model perniagaan yang membawa keuntungan.

LATIHAN PERTANIAN

Untuk Mencapai Skala Target Ekonomi Dengan Mempopularkan "Produk Ai", Memudahkan Pengurusan Rantaian Bekalan Yang Cekap

Petani kami mengusahakan tanaman tanpa penggunaan baja dan racun perosak. Ini dapat memastikan keselamatan makanan serta peningkatan makanan sara diri tercapai.

FARMING LITERACY ASSOCIATION

Berharap Kesediaan Hasil Pertanian Yang
Selamat dan Mampan Di Seluruh Dunia

Kualiti, penampilan dan harga sesuatu produk menjadi trend terkini masyarakat Jepun.
Keadaan sedemikian mendedahkan konsumer kepada pemalsuan makanan secara sengaja,
ekoran kecuaian yang tidak disedari dan sikap tak acuh terhadap isu keselamatan makanan.
"Produk Ai" memulih kesemua organisma hidup dan bumi sendiri dengan memberikan penghormatan tertinggi,
mematuhi peredaran dan aliran undang-undang semulajadi,
serta penanaman tanaman tanpa menggunakan racun perosak atau baja sebaik mungkin.
Tujuan persatuan ini adalah bagi memberi sokongan yang tepat kepada petani yang kurang berprestasi
dan berpengetahuan terhad dalam bidang pertanian melalui pengenalan "Produk Ai".
Farming Literacy Association dengan giat menggalakkan keselamatan aktiviti penanaman dalam
konsep yang lebih luas agar dapat membantu mereka memperoleh kehidupan yang sihat.
Setiap 1% daripada penerimaan bonus ahli Thanks Ai yang menyokong Farming Literacy Association
akan diperuntukkan sebagai dana bagi membiayai penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian. Tanah akan diperbaik,
dibangunkan dan diedarkan kepada petani-petani secara percuma agar dapat mewujudkan persekitaran penanaman
yang ideal dalam memastikan tanaman selamat untuk dimakan.
Selain itu, kami berdedikasi dalam mempromosikan makanan yang sihat dan telah menganjurkan beberapa kempen pendidikan
sejak beberapa tahun yang lalu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pemakanan secara sihat.

Nama Rasmi

Farming Literacy Association

Kader

Pengarah Pertubuhan- Mayazaki Tatemoto
Pengarah Pertubuhan- Kinichi Amimoto

Alamat

6-1-6, Higashiyama-ku, Kumamoto-shi, Kumamoto, Japan

Tarikh Penubuhan

13 Ogos 2014