SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Senarai Soalan Lazim Berkenaan Produk Thanks Ai Dan Cara Membuat Pesanan

Pendaftaran
S: Saya berminat untuk menggunakan produk THANKS AI. Bagaimana saya boleh membeli produk THANKS AI?

J: Anda harus mendaftar sebagai Ahli THANKS AI untuk membeli produk kami.

S: Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai ahli THANKS AI?

J: Anda boleh mendaftar secara atas talian (www.thanksai.my) atau boleh kunjungi syarikat kami dan mengisi borang pendaftaran.

S: Apa yang saya perlu sediakan untuk mendaftar?

J: Anda perlu mengisi borang Membership Application Form, Cooling Period Contract dan menyediakan salinan IC (bahagian hadapan). Anda juga perlu mendapatkan butiran Pengrekrut (Enrolling Sponsor) dan juga Perletakkan (Placement Sponsor).

S: Jika saya tidak mempunyai informasi berkenaan Pengrekrut (Enrolling Sponsor) dan juga Perletakkan (Placement Sponsor), apa yang harus saya lakukan?

J: THANKS AI akan mengesyorkan kepada anda seorang ahli untuk berhubung dengan anda supaya anda boleh mendapatkan informasi tersebut.

S: Saya telah mendaftar secara atas talian, apakah yang masih perlu saya lakukan?

J: Anda dikehendaki juga untuk menghantar kesemua borang pendaftaran (Membership Application Form, Cooling Period Contract dan salinan IC (bahagian hadapan)) kepada syarikat tidak kira secara digital ataupun dengan menghantar borang fizikal kepada syarikat. Diingatkan pada bila-bila masa pendaftaran dibuat, anda perlu menghantar kesemua borang ini dalam masa 30 hari selepas dari tarikh pendaftaran.

S: Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal kemukakan kesemua borang pendafataran dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran?

J: Akaun keahlian anda akan ditarik dan akan ditamatkan. Anda tidak boleh lagi melakukan pembelian lanjut.

S: Apakah yang harus saya lakukan untuk mengekalkan keahlian saya di THANKS AI?

J: Anda perlu membuat sekurang-kurangnya satu pembelian dalam tempoh 6 bulan untuk kekal aktif. Sekiranya anda tidak membuat apa-apa satu pembelian dalam tempoh tersebut, akaun anda akan ditamatkan pada bulan berikutnya.

S: Bolehkah saya mendaftar semula menjadi ahli sekiranya akaun saya telah ditamatkan?

J: Jika akaun anda ditamatkan kerana anda gagal kemukakan borang pendaftaran, anda hanya boleh mendaftar kembali selepas tempoh 6 bulan dari bulan penamatan akaun anda. Jika akaun anda ditamatkan kerana gagal membuat apa-apa satu pembelian dalam tempoh 6 bulan secara berterusan, anda boleh mendaftar kembali pada bulan seterusnya dan mendaftar sebagai ahli baru.

Pembayaran
S: Apakah cara pembayaran yang boleh saya lakukan untuk pembelian produk THANKS AI?

J: Kami menerima pembayaran secara tunai, pindahan wang, deposit tunai, kad kredit/debit dan juga bayaran melalui aplikasi UPayMe. Pembayaran secara pindahan wang, deposit tunai dan aplikasi UPayMe perlu melampirkan resit pembayaran sebagai bukti.

S: Apakah jenis kad yang diterima untuk pembayaran?

J: Hanya VISA dan MASTERCARD sahaja diterima buat masa ini.

S: Adakah THANKS AI menyediakan perkhidmatan 'Cash On Delivery'?

J: THANKS AI belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut.

S: Adakah THANKS AI menyediakan perkhidmatan Bayaran Ansuran 0% Faedah?

J: THANKS AI hanya menawarkan Bayaran Ansuran 0% Faedah kepada pengguna kad kredit UOB dan Public Bank sahaja. Tetapan yang disediakan adalah bagi mereka yang membuat pembelian melebihi MYR1500 pada satu transaksi dan hanya ansuran selama 6 bulan sahaja disediakan. Bagi pengguna kad kredit bank yang lain, anda boleh menghubungi bank tersebut untuk mengetahui servis yang bank tersebut tawarkan.

Penamatan Keahlian / Pemulangan Produk
S: Jika saya ingin menamatkan keahlian saya, apakah yang harus saya lakukan?

J: Anda harus mengemukakan borang Membership Termination Form kepada THANKS AI dan akan diproses selama 7 hari. Akaun anda akan ditamatkan secara efektif selepas selesai proses tersebut.

S: Andaikata saya ingin menamatkan keahlian sebaik sahaja saya mendaftar, bolehkah

J: saya mendapatkan pulangan bayaran penuh untuk pembelian itu?

S: Apakah yang akan berlaku sekiranya saya mengusulkan penamatan keahlian selepas 30 hari dari tarikh mendaftar?

J: Jika usul penamatan dilakukan selepas 30 hari, pulangan bayaran pembelian anda akan ditolak sebanyak 10% dari jumlah pembelian. Bagi usul yang dilakukan lebih dari 180 hari, tiada wang akan dikembalikan.

S: Adakah terdapat caj yang perlu saya tanggung sekiranya saya ingin memulangkan produk?

J: Hanya bayaran secara kad kredit sahaja (melalui terminal atau aplikasi UPayMe) akan dicaj sebanyak 2% dan akan ditolak dari jumlah bayaran balik.

Bonus / Insentif
S: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bonus/insentif daripada THANKS AI?

J: Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat bagi setiap pelan bonus THANKS AI, amaun yang terkumpul pada bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah berdaftar pada 25hb setiap bulan berikutnya.

S: Saya tidak mendaftarkan akaun bank saya sebelum ini, bagaimana saya boleh mendaftarkan informasi tersebut?

J: Sila kemukakan Amendment Registration Information Application Form dan THANKS AI akan memprosesnya dalam tempoh 7 hari selepas diterima.

S: Saya lihat terdapat amaun terkumpul pada bulan lalu, namun THANKS AI tidak mengkreditkan amaun tersebut ke dalam akaun saya pada 25hb bulan berikutnya. Mengapa?

J: Terdapat beberapa situasi yang memungkinkan kejadian tersebut. Sebagai contoh nombor akaun yang didaftarkan tidak betul, anda tidak mengemukakan borang pendaftaran kepada syarikat untuk melengkapkan pendaftaran anda dan sebagainya. Sila rujuk kepada staf THANKS AI bagi mendapatkan kepastian.

S: Bagaimana saya boleh mendapatkan amaun yang tidak dikreditkan tersebut?

J: Jika didapati amaun tersebut tidak dikreditkan kepada akaun bank anda, anda boleh mengemukakan usul dengan menghantar borang Special Handling Bonus Application Form kepada THANKS AI. Diingatkan bahawa caj perkhidmatan MYR20 akan ditolak daripada jumlah pembayaran bonus.