Penipuan Produk & Laman Web Palsu

FRAUD AND COUNTERFEIT WEBSITES

[Perhatian] Laman Web Penipuan Dan Palsu

 
Harap Berhati-hati dengan Laman Web Penipuan dan Palsu !!

Berikutan penggunaan internet yang meluas, telah menjadi lebih mudah dan senang untuk membeli dan menjual produk secara peribadi. Sebaliknya, perdagangan seperti ini juga menyebabkan lebih banyak masalah timbul.

Thanks Ai bertujuan untuk menyampaikan produk dan pengalaman perkhidmatan pelanggan dengan kualiti terbaik dan tertinggi. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap produk yang dibeli di tempat lain selain yang dibeli terus dari syarikat kami oleh ahli yang berdaftar. Untuk mengelakkan masalah yang tidak perlu, sila beli produk Thanks Ai melalui saluran yang betul dan sah.

Beberapa contoh ditunjukkan di bawah. Pelbagai risiko tersembunyi dalam transaksi Internet kerana terdapat banyak laman web penipuan. Perkhidmatan pelanggan kami telah menerima laporan dari pengguna kami yang melibatkan kes-kes penipuan tersebut.

1.Penerimaan Produk Yang Telah Melebihi Tarikh Luput

Terdapat laporan mengenai jualan produk yang telah melebihi tarikh luput. Oleh itu, Thanks Ai menetapkan peraturan yang ketat untuk melarang penjualan produk yang mana tarikh luput akan berakhir dalam jangka masa tertentu.

2. Kemerosotan Kualiti Kerana Keadaan Penyimpanan Produk yang Tidak Betul

Terdapat juga laporan yang melibatkan kemerosotan kualiti produk semasa penerimaan kerana keadaan penyimpanan yang buruk. Oleh itu, Thanks Ai memastikan bahawa semua produk disimpan dengan betul di gudang milik salah satu syarikat gabungan Thanks Ai. Harap maklum bahawa kami tidak memberikan jaminan kualiti produk yang tidak dibeli melalui saluran yang betul dan sah.

 
Contoh Kawaii Essence AI Dalam Keadaan Penyimpanan Buruk
Contoh Hybrid Mineral AI Dalam Keadaan Penyimpanan Buruk
3. Produk Tidak Diterima Selepas Membuat Pesanan

Kami menerima laporan di mana setelah membuat pesanan, pengguna tidak menerima produk dan kehilangan kontak dengan penjual, di mana pengguna telah ditipu. Sekiranya anda membeli dengan menggunakan laman web rasmi kami, anda akan dapat mengesan status penghantaran produk anda di bahagian ‘Zon Ahli' kami.

4. Produk palsu

Kami juga menerima laporan dari luar negara bahawa terdapat produk yang diiklankan sebagai produk Thanks Ai tetapi produk yang diterima adalah produk palsu dengan kualiti rendah.

Selain itu, terdapat juga risiko lain….

Selain daripada isu-isu yang dinyatakan di atas, terdapat vendor dan/atau laman web phishing yang berniat jahat untuk tujuan mencuri maklumat sulit peribadi melalui transaksi Internet untuk keuntungan mereka sendiri. Harap maklum bahawa anda akan menghadapi risiko jika anda membeli produk dengan harga yang rendah melalui saluran selain dari saluran yang sah.